Jersey World Cup 2010

Posted in buat duit on April 15, 2010 by tasliso08

salam 1 malaysia..dah lama aku tak menulis…bukannya rasa malas cuma aku langsung tak ada idea…mungkin pasal kerja baru kot…entahlah…dah hampir 7 bulan aku berhijrah dari utara ke pusat bandar utama…..sesungguhnya Kuala Lumpur ni memang memberikan aku cabaran yg agak besar untuk aku aturkan perjalanan hidup ini…kekuatan mental dan semangat juang perlu padu…silap gaya boleh tewas aku ni..

boleh juga dikatakan…kos sara hidup aku dah jadi tak tentu hala…paling kurang 1 tahun rasanya aku boleh stabil…..so side income yang tengah laju aku buat adalah jual beli Jersey world Cup 2010 dengan konsep online..

mmmm..nilah dia projek terbaru aku

…..terima kasih pada en.pian, en.yo, en.jamberi, en.shahril, en.faiz, en.nik dan rakan2 yg aku lupa nak tulis namanya kat sini..kerana sanggup jadi model tak berbayar bagi katalog aku nih..

siapa2 yang nak guna model lelaki boleh la cari aku lepas ni…he..he..mmm..dan siapa-siapa yang teringin nak jadi tambah wang saku..bolehlah email : kandiskodiang@yahoo.com.my dan memang pun aku sedang mencari pengedar jersey world cup 2010 untuk pasaran di kawasan negori 9, melaka dan johore..

Wasalam..

Sireh Kampung ku

Posted in sireh on September 3, 2009 by tasliso08

salam ceria….apa khabar? moga kita semua di rezekikan dengan limpahan nikmatnya pada bulan yg mulia ini….ok..kali ni, aku nak cerita sikit pasal ‘projek angan-angan’ dan ada sebab aku melebelkan projek aku sebegitu…. ceritanya begini..

lebih 2 tahun yang lepas…aku pulang ke kampung menjeguk orang tua aku..samada sihat atau sebaliknya….semasa aku sedang meninjau – ninjau sekitar rumah..aku ternampak bebarapa anak benih sireh yang disemai oleh mak aku..lantas akupun bertanya pada mak aku apa tujuan mak aku semai sireh tersebut..maka petang tu sampai ke magrib..kami bersembang pasal daun sireh ni..rupa2nya induk pokok sireh ini adalah dari arwah tok aku yang tanam dari jenis sireh kampung…dan hampir pupus pokoknya..so..mak aku nak biakkan semula pokok sireh ni..dan dia menawarkan aku sepokok untuk dibawa balik…

maka aku pun bawa balik kerumah dan ku tanam dalam pasu..setelah 2 tahun berlalu..inilah hasilnya.

selepas 2 tahun..dah jadi induk dah.

selepas 2 tahun..dah jadi induk dah.

satu petang…aku lepak kat luar rumah sambil melihat pokok2 yang ditaman oleh mertua aku ( mertua aku ni suka tanam pokok bunga terutamanya okid ) ..aku terpandang juntaian sireh dan dalam kepala aku mengira-ngira  berapa ramai orang yang singgah kat rumah aku ni untuk dapatkan daun sireh untuk dimakan ataupun sebagai perubatan tradisional ( nak buat ubat )..maka aku pun berangan-anganlah untuk jadikan sireh sebagai tanaman yang hebat…dan langkah yang perlu adalah membiakkannya.. tapi siapakah?? yg akan beli?…apahalpun aku cambahkan dulu…

hidup menumpang di batang pokok rhu

hidup menumpang di batang pokok rhu

maka…dengan sokongan mak mertua aku..aku pun secara kamekazi mulakan dengan 10 bekas dulu.. dan ini hasilnya..

27 mei 001

dan ku bawa ke tempat kerja..dan tak ku sangka mendapat 5 permintaan dari kenalan aku….terkejut dan terharu..terima kasih geng.. balik modal jugak projek ni he..he..

itulah alkisahnya ‘projek angan-angan’ku.. lepas ni rasanya aku nak biakkan : pokok daun sup + daun bawang sekali dalam satu bekas… sasaran pasaran : adalah surirumah yg berkerjaya dikawasan tmn perumahan…

boleh ker??? nak juga dengar apa pendapat kalian?

P/s: masa mak aku datang melawat besannya…..jeless katanya ..tengok pokok sireh ni..he..he…

aprc dan mrc 2009 – part 2

Posted in rally on Ogos 25, 2009 by tasliso08

………….wah…wah..dah 4 hari ramadan berlalu..kejap je rasanya…moga terawih tak dilupakan yee..he..he..

ok…kita sambung pasal rally pulak.. masuk hari sabtu..jam berbunyi jam 4pagi..peghhh..rasanya aku baru pejam 2minit..sambung pejam15minit jadi 1/2jam..he..he.. ok dalam keadaan kepala pening tu..kami semua berkumpul untuk bertolak ke SS….sejuk…sunyi..dan gelap……….

keadaan gelap dalam SS..khemah x boleh pasang lagi da..

keadaan gelap dalam SS..khemah x boleh pasang lagi da..

sampai di SS..peralatan yang diperlukan dipunggah turun dari lori yang dipandu oleh saudara Kojek n the gang..’terimakasih atas kerjakeras hampa berdua’ dan didalam suasana gelap gulita pasal pokok yg tinggi merimbun tu..terdengar jugak bunyi-bunyian yang janggal ditelinga…kecut jugak la usus perut aku ni..

dan…alhamdulillah setiap post sempat disiapkan dalam tempoh MUST BE READY bermula dari TC, START, FLYING FINISH dan STOP FINISH…disetiap post diletakkan 2 orang petugas bagi melancarkan perlumbaan yang bakal berlangsung.

…selepas 10 minit waktu MUST BE READY…muncul pula waktu ROAD CLOSE to public ( kiranya orang awam @ ramai tidak dibenarkan menggunakan laluan tersebut sehingga tiba waktu ESTIMATE CLOSED oleh SWEEPER …)..selang 15 minit pula..Info Car pun masuk untuk melihat keadaan dalam track (SS)..dan  dikuti oleh Safety Car “000″ 15 minit juga jarak masanya.

safety car 000 sedang bersedia untuk memasuki SS pada masa yg telah ditetapkan
safety car 000 sedang bersedia untuk memasuki SS pada masa yg telah ditetapkan

lepas 25 minit………….Safety Car “00″ pula masuk dan di ikuti oleh Safety Car “0″ untuk memastikan track ‘SS” selamat digunakan untuk perlumbaan….dan setiap pegerakkan perlu dilaporkan kepada RC ( race control )… jika keadaan betul-betul selamat..barulah kereta pertama dilepaskan mengikut jadual….

bersambung la pulak……….

aprc dan mrc 2009 – part 1.

Posted in rally on Ogos 21, 2009 by tasliso08

salam semua.. alhamdulillah..aku dah mula bertugas, setelah selamat pulang dari Kota Tinggi Johor, badan masih terasa letih… maklumlah jadual agak padat, tetapi masih ada ruang untuk enjoy…walaupon setiap hari hanya ada 2-3 jam sahaja ‘time tidor’.

ok.. perjalanan kami bermula pada petang khamis dengan bas persiaran, janji pukol 6… lewat pulak dah.. jam 7 , baru bas sampai… hampeh betul..tapi..peghhh.. bas baru beb….masih ada bau lagi…dan seperti biasa tempat persinggahan yg wajib kami siggahi adalah di rr gurun untuk mengisi tangki yang dah mula berbunyi…perjalanan jauh lagi ni…..12 jam dalam pengiraanku…

lepas tu..singgah pula disimpang pulai dan beberapa  tempat dan akhirnya pada jam 8.00 pagi, sampailah di tempat penginapan yang tuju iaitu mayes hotel dan kami diberikan bilik-bilik yang siap ditempah. aduhhhhhhhhhh…leganya urat belikat tak kala badan dihempas ketilam, maklumlah hampir 13 jam didalam bas. jam 9, kebanyakan kami mengambil kesempatan berehat dan apa yang pasti..makanan kat hotel tersebut..sangat laku..sedap??? tak pasti pulak aku..mungkin masing-masing lapar kot….dan kami disambut oleh ACOC (assistants clerk of course ) dan SC ( stage comander )bagi team masing-masing….. maka berpecahlah kami mengikut arahan dan strategi stage com masing-masing.

pemandangan pekan kota tinggi dari bilik aku.

pemandangan pekan kota tinggi dari bilik aku.

cahaya sang suria mula bersinar di pagi hari...........

cahaya sang suria mula bersinar di pagi hari...........

jam..10, stagecom mengajak aku membuat tinjauan terakhir bagi SS yang bakal kami bertugas sebelum pelumbaan besok.. antara SS yg terlibat pada kali ini adalah di Ladang Tai Tak ( pipeline, fishpond, lukut, mawai, turnel dan court house) manakala di Ladang Kulim Bhd pula..lokasinya di REM short dan REM long.

SS terpanjang sekali…24.46km dan terpendek….3.09km dan jumlah keseluruhan jarak perlumbahan adalah 227.7km.

turut kelihatan tempat TC (time control) dan tempat START

turut kelihatan tempat TC (time control) dan tempat START

okkkkkkk…lepas membuat tinjauan, kami perlu berkumpul di hotel pada jam 1330 kerana CRO ( chief result officer ) nak jumpa pulak dahh… untuk taklimat ringkas petugas2 dan apa yang pasti kebanyakan petugas tersenyum lebar pasal 3 pasang baju dan elaun di edarkan oleh CRO..a.k.a cikgu amir…untuk dipakai pada waktu ‘Opening Ceremony and followed by Flag Off’ pada jam 2000 di Fun Zon, The Zon, JB.

model semail sirun menggayakan kemeja free

model semail sirun menggayakan kemeja free

Selesai upacara tersebut…maka kami pun berpusu-pusu balik ke kota tinggi untuk membuat persediaan terakhir kerana besok hari, kami secara kasarnya…perlu bersedia atau kata orang putih..must be ready di sSS terutamanya di SP (servis park ) dibuka mulai jam 5pagi..so..4 pagi kena bangun la..he..he..

p/s: selamat berpuasa.

dari email aku

Posted in sisipan on Ogos 20, 2009 by tasliso08
salam sejahtera… dalam kalut menyediakan rencana rally…aku terima satu email seperti dibawah…

Saya forward ni bukan keranamempercayaikelebihanyang bakal terjadi selepas diforward kan e-mai ini tetapi hanya untuk renungan dan pengentahuan sahaja. Manausia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya . Bukan nya manusia ataupun email ini yang akan menentukan nasib kita.

Cuma, kalau yang baik tidak ada salahnya untuk kita jadikan ikutan.. Thanks for reading..
THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.  

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.  
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. 

KEDUA.  

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.  
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu 

KEEMPAT . 
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA.  
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.  
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH..  
Percayailah cinta pandang pertama.  

KELAPAN..  
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.   
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.  

KESEPULUH.  
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.  
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.  

KEDUABELAS.  
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.  
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS.  
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.   
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengarseseorang bersin.
KEENAMBELAS.   
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.  
Berpeganglah kepada tiga R:  
1.          Rasa hormat pada diri sendiri;
2.          Rasa hormat kepada orang lain;
3.          Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.  
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.  
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.  
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan  melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU   
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.   

Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN!
Totem tantra ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan.
Totem ini telah diedarkan ke seluruh dunia setakat ini  sebanyak sepuluh kali.. Kepercayaan orang China, dalam tempoh empat hari dari tarikh totem ini anda edarkan anda akan beroleh keuntungan. 

Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli..

Dilarang menyimpan pesanan ini..  
Totem tantra ini hendaklah berada di tangan anda dalam tempoh 96 jam dari masa anda menerimanya.
Anda akan menerima suatu kejutan yang amat menyeronokkan.  Kebenarannya akan terserlah, walaupun anda tidak mempercayai perkara yang karut-marut. Edarkan maklumat ini sekurang-kurangnya kepada 5 orang dan anda akan merasai perubahan positif yang berlaku dalam hidup anda. 

0-4 orang: Anda kan mengalami perubahan kehidupan yang kecil.
5-9 orang: Peningkatan perubahan kehidupan anda berada di tahap yang anda benar-benar ingini.

9-14 orang: Anda akan menerima sekurang-kurangnya 5 kejutan dalam setiap 3 minggu.

15 dan lebih orang: Taraf kehidupan anda akan meningkat dengan pantas!! 

New Email names for you!
Get the Email name you’ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.

Hurry before someone else does!

…………………apa pendapat @ ulasan anda????

Hello Kawan.

Posted in hello kawan on Ogos 19, 2009 by tasliso08

Hello kawan! apakah khabarmu ?
Masihlah ingat pertalian kita?
Hello kawan! kini aku datang
Dari perjalanan seribu kisah…….

Aku tak pernah melupakan mu
Walau disini rumput menghijau…….
Tiada lara pengorbananmu
Memuncak nilai kemanusiaan………..

Kita berserta dalam perjuanganmu
Rasa sengsara dalam merasa perlu
Merasa…………..

Hello kawan!
Hello kawan…

ini adalah lirik dari sebuah lagu yang aku abadikan sebagai ‘kategori’ untuk blog ni.

sebuah lagu dendangan kumpulan search dari album gema di timur jauh…

adakah kamu pernah dengar??? kalau belum..cubalah dengar..

aprc09 dan mr09 kota tinggi johor

Posted in rally on Ogos 12, 2009 by tasliso08

salam sejahtera..buat warga johor @ jb.. asia pasifik rally championship 2009 akan diadakan di kota tinggi, johor pada 15 dan 16 ogos ini……dan aku akan bermaustatin di kota tinggi selama 4 hari bermula dari hari jumaat hingga hari isnin bagi membantu melancarkan perjalanan kejohanan ini dan rata-rata petugas seperti aku berharap kejohanan ini sebagai batu loncatan bagi Malaysia amnya dalam menganjurkan sukan permotoran di peringkat antarabangsa dengan sasaran WRC diada kan di bumi Malaysia walaupun sekali.

wah..wah…macam angan-angan..tetapi tak mustahil untuk dilaksanakan jika kita semua mahu… dari pandangan mata kasar aku ni…Malaysia tidak ketandusan pelumba-pelumba sukan rally ni….cuma masalah duit yang membantutkan hajat dan bakat yang sediada…dan memang aku respek kat pelumba ni….tak kiralah berapa bajet yang ada… perjuangan dan minat dalam sukan rally ni..takpenah padam di hati meraka..( hasil survey aku kat pelumba yang otai2 )…janji boleh tekan pedal minyak..gian katanya..

…dan aku pun gian juga pabila dah merasainya ( walaupun duduk disebelah pemandu ) he..he.. teringin nak pegang stereng la pulak..( Terima Kasih En. Abu ….zero car…kerna bagi aku peluang )….

Apapon….kepada peminat sukan ini… tunggu aku balik dari kota tinggi… aku try buat laporan yang lebih mantap untuk tatapan anda semua..

chow cin chow.

aku di awan biru 1 ogos 09

Posted in hello kawan on Ogos 4, 2009 by tasliso08

 

laluan pintu masuk ke tapak konsert

laluan pintu masuk ke tapak konsert

Salam..letih dan penat..itu yang terkeluar dari mulut aku..rasa lenguh dikaki masih terasa. itu yang dapat aku katakan..ya letih memandu dan penat melayan search di awan biru.. betul ker?..last aku layan konsert search pada tahun 1992 di tapak pesta pulau pinang.. dan rasanya tak berbaloi kut – pasal kemera aku kena kontoi (tak bleh bawa masuk)..so tak dapat nak uploadkan buktinya kat sini..dan aku frust jugak pasal ada yang terlepas bawa masuk kemera termasuk videocam…(untung betul la korang).

pasal ambik gambar tiket ni, kamera aku kantoi..

pasal ambik gambar tiket ni, kamera aku kantoi..

aku jugak terlepas secara kasarnya lagu pawana dan fantasia bulan madu yang sememangnya lagu last coz tengah layan 100plus..dahaga beb… layan dari jauh lee..dengan bini aku..
dan aku rasa search patut buat satu konsert khas dimana ada ruang untuk penonton menari (bagi yang muda-muda) dan tempat penonton duduk bagi otai-otai.( kebanyakkan otai-otai dah tak terkinja-kinja, mabuk dan sememangnya datang untuk layan lagu je..)

dan aku respek jugak pada bebudak muda yang mana sanggup dressing abis..mengingatkan kepada zaman kegemilangan rock pada masa dulu..pehh..dengan seluar ketat(nak sarung kena guna plastik), baju singlet dengan ikatan saputangan di paha atau di pegelangan tangan.he..he..

walaubagimanapun, persembahan diaorang ok…cuma bukan terbaik dari search.. dan dengan itu, aku terpaksa la tunggu lagi konsert yang akan datang…kerana kepuasan pada malam itu dalam 65% je..

keep on rockin..beb.

rahmat hujan malam

Posted in aku on Julai 28, 2009 by tasliso08

petang……lepas keja, aku balik kekampung bukit merah (kokdiang a.k.a kodiang) nak berbincang tentang pasal tapak rumah dengan pak aku… rasanya dah lama aku tak bersembang panjang dengan dia..itupun disebabkan oleh hujan yang turun dari jam 8 hinggalah lewat tengah malam…terimakasih tuhan.
pak aku ke masjid lepas magrib….aku sorang ja makan malam..mak aku katanya dah kenyang (biasala..mak memang camtu..) … dengan hidangan nasi kosong sama sambal belacan tumis dan gulai daging kambing 2 hari lepas..peghh..alhamdulillah rezaki….
hujan turun lebat jugak mlm tu…aku layan diri kat bawah rumah sembil melihat keadaan rumah kayu lama..yang akan dipindahkan satu hari nanti..tapaknya dah siap beb..

rumah kay pusaka

dinding buluh

pak balik dalam hujan lebat..habis basah kuyup….lepas makan malam dengan mak.. kami bersembang panjang.
maka dapatlah aku tatap wajahnya yang semakin hari dimamah usia….dari satu bab ke satu bab terutamanya tentang tentang tapak rumah baru…kerana tapak sekarang tuan tanah kedaung nak ambik balik…apa nak buat beb….dah nasib badan.

tapak rumah baru

projek rebung madu

maka..dirancang untuk kerja -kerja runtuhbuang dan bina semula ditapak baru pada tahun hadapan… (dijangka dalam bulan 2..musim kemarau kut)
so..kita sama-sama tunggu apa kesudahannya..

rojer n out………..

terima kasih kawan…terima kasih tuhan..

Posted in aku on Julai 6, 2009 by tasliso08

salam sejahtera…otak aku menjadi beku seketika…..
dah lama aku tak meluahkan kata-kata melalui jari jemariku ini..sebab sesangat sibuk…baru abis kursus d negeri sembilan…aku drive keta dari utara hingga kedistinasi..penat?? memang la penat..tapi sepanjang perjalanan…otak aku ligat berfikir tentang kehidupan…
secara umumnya dapatlah aku sikit sebanyak ilmu…kerana apa yg aku baca (bahan bacaan) yg entah bila dibaca…. baru terjawab sepanjang perjalanan tersebut…..ditambah lagi dengan suasana baru…penempatan ditepi pantai..teringat pula aku sewaktu di langkawi… berkerja sebagai beachboy… dan paling aku suka..dapat kawan baru….lelaki dan pompuan…tua dan muda…maka dapatlah aku pelajari perangai manusia2 diluar lingkungan aku…terima kasih kawan..

dan pada jumaat 26hb…(semasa aku kursus), dunia amnya dikejutkan dengan kematian MJ..aku pun terkejut jugak..tapi biasala..yg idup pastikan mati…bila dan bagaimana? hanya tuhan yg menentukan….. dan hingga ke hari ini otak aku yg beku dah mula nak berfungsi balik…maka terima kasih tuhan..syukurr.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.