aprc dan mrc 2009 – part 1.
salam semua.. alhamdulillah..aku dah mula bertugas, setelah selamat pulang dari Kota Tinggi Johor, badan masih terasa letih… maklumlah jadual agak padat, tetapi masih ada ruang untuk enjoy…walaupon setiap hari hanya ada 2-3 jam sahaja ‘time tidor’.
ok.. perjalanan kami bermula pada petang khamis dengan bas persiaran, janji pukol 6… lewat pulak dah.. jam 7 , baru bas sampai… hampeh betul..tapi..peghhh.. bas baru beb….masih ada bau lagi…dan seperti biasa tempat persinggahan yg wajib kami siggahi adalah di rr gurun untuk mengisi tangki yang dah mula berbunyi…perjalanan jauh lagi ni…..12 jam dalam pengiraanku…
lepas tu..singgah pula disimpang pulai dan beberapa tempat dan akhirnya pada jam 8.00 pagi, sampailah di tempat penginapan yang tuju iaitu mayes hotel dan kami diberikan bilik-bilik yang siap ditempah. aduhhhhhhhhhh…leganya urat belikat tak kala badan dihempas ketilam, maklumlah hampir 13 jam didalam bas. jam 9, kebanyakan kami mengambil kesempatan berehat dan apa yang pasti..makanan kat hotel tersebut..sangat laku..sedap??? tak pasti pulak aku..mungkin masing-masing lapar kot….dan kami disambut oleh ACOC (assistants clerk of course ) dan SC ( stage comander )bagi team masing-masing….. maka berpecahlah kami mengikut arahan dan strategi stage com masing-masing.

pemandangan pekan kota tinggi dari bilik aku.

cahaya sang suria mula bersinar di pagi hari...........
jam..10, stagecom mengajak aku membuat tinjauan terakhir bagi SS yang bakal kami bertugas sebelum pelumbaan besok.. antara SS yg terlibat pada kali ini adalah di Ladang Tai Tak ( pipeline, fishpond, lukut, mawai, turnel dan court house) manakala di Ladang Kulim Bhd pula..lokasinya di REM short dan REM long.
SS terpanjang sekali…24.46km dan terpendek….3.09km dan jumlah keseluruhan jarak perlumbahan adalah 227.7km.

turut kelihatan tempat TC (time control) dan tempat START
okkkkkkk…lepas membuat tinjauan, kami perlu berkumpul di hotel pada jam 1330 kerana CRO ( chief result officer ) nak jumpa pulak dahh… untuk taklimat ringkas petugas2 dan apa yang pasti kebanyakan petugas tersenyum lebar pasal 3 pasang baju dan elaun di edarkan oleh CRO..a.k.a cikgu amir…untuk dipakai pada waktu ‘Opening Ceremony and followed by Flag Off’ pada jam 2000 di Fun Zon, The Zon, JB.

model semail sirun menggayakan kemeja free
Selesai upacara tersebut…maka kami pun berpusu-pusu balik ke kota tinggi untuk membuat persediaan terakhir kerana besok hari, kami secara kasarnya…perlu bersedia atau kata orang putih..must be ready di sSS terutamanya di SP (servis park ) dibuka mulai jam 5pagi..so..4 pagi kena bangun la..he..he..
p/s: selamat berpuasa.