aprc dan mrc 2009 – part 2
………….wah…wah..dah 4 hari ramadan berlalu..kejap je rasanya…moga terawih tak dilupakan yee..he..he..
ok…kita sambung pasal rally pulak.. masuk hari sabtu..jam berbunyi jam 4pagi..peghhh..rasanya aku baru pejam 2minit..sambung pejam15minit jadi 1/2jam..he..he.. ok dalam keadaan kepala pening tu..kami semua berkumpul untuk bertolak ke SS….sejuk…sunyi..dan gelap……….

keadaan gelap dalam SS..khemah x boleh pasang lagi da..
sampai di SS..peralatan yang diperlukan dipunggah turun dari lori yang dipandu oleh saudara Kojek n the gang..’terimakasih atas kerjakeras hampa berdua’ dan didalam suasana gelap gulita pasal pokok yg tinggi merimbun tu..terdengar jugak bunyi-bunyian yang janggal ditelinga…kecut jugak la usus perut aku ni..
dan…alhamdulillah setiap post sempat disiapkan dalam tempoh MUST BE READY bermula dari TC, START, FLYING FINISH dan STOP FINISH…disetiap post diletakkan 2 orang petugas bagi melancarkan perlumbaan yang bakal berlangsung.
…selepas 10 minit waktu MUST BE READY…muncul pula waktu ROAD CLOSE to public ( kiranya orang awam @ ramai tidak dibenarkan menggunakan laluan tersebut sehingga tiba waktu ESTIMATE CLOSED oleh SWEEPER …)..selang 15 minit pula..Info Car pun masuk untuk melihat keadaan dalam track (SS)..dan dikuti oleh Safety Car “000″ 15 minit juga jarak masanya.

- safety car 000 sedang bersedia untuk memasuki SS pada masa yg telah ditetapkan
lepas 25 minit………….Safety Car “00″ pula masuk dan di ikuti oleh Safety Car “0″ untuk memastikan track ‘SS” selamat digunakan untuk perlumbaan….dan setiap pegerakkan perlu dilaporkan kepada RC ( race control )… jika keadaan betul-betul selamat..barulah kereta pertama dilepaskan mengikut jadual….